December 2, 2011

Bila Mereka Berkuasa, Yang Lain Jadi Lembunya



Sudah-sudahlah, kali ini mau menulis lagi rentetan dari hari sebelumnya, dikala ramai yang bercuti sudah pastilah aku yang akan sibuk yang teramat sangat? Tetapi hari-hari seperti itu, terasa cukup gembira apabila lagi sudah pastinya ada kerja-kerja luar yang perlu dibuat. Penat dan masa yang diambil memanglah agak lama, tetapi itulah yang dicari kerana dapat melarikan diri dari terperuk di dalam bangunan yang penuh dengan pelbagai jenis orang, ragam dan kerenah. Cuma semalam, hanyalah semalam tetapi aku tak dapat lupakan, lebih-lebih lagi ada campur tangan orang atasan.

Apalah yang mereka dengki? Kenapa perlu iri hati? Sebab-sebab rasa tidak puas hati? Kami ini hanyalah orang-orang bawahan yang diberikan bayaran yang tidak seberapa tetapi syukurlah, ada juga. Itu juga bukan bermaksud disebabkan bayaran yang tidak seberapa, segala kerja yang ada lebih-lebih lagi memerlukan kudrat lebih dari seorang untuk melakukannya, dikawal dan dikerah – hanya kerana kami orang bawahan yang perlu menurut segala arahan tanpa sebarang alasan dan bantahan? Aku faham bila duduk di bawah mereka, ada kalanya alasan yang mereka berikan, kudrat yang ada tidak cukup untuk membantu tetapi kadangkala bantuan yang mereka berikan kadagkala membantu, ada kalanya ianya akan diungkit dan lebih-lebihnya  semuanya datang dari kami.

Bertambah susah, yang sama sifatnya seperti mereka itu terlalu ramai di dalam satu-satu kumpulan yang besar dan dipecah-pecahkan. Semakinlah orang seperti aku dan lain-lainya digunakan, dikerah tenaganya – percaya pada usaha kerja yang keras pasti ada ganjarannya. Tetapi aku tahu realitinya, aku hanyalah digunakan untuk sesuatu yang memerlukan kudrat tenaga orang-orang seperti aku dan lain-lainnya. Perkataan yang jelas – dipergunakan, dikerah tenaganya dan akhirnya menurut seperti lembu yang dicocok pada hidungya, bila ditarik tidak dapat melepaskan diri tetapi lebih kepada terpaksa dan dipaksa tanpa sebarang alasan atau bantahan.

Sudahlah… tidak mahu memanjangkan apa yang mahu ditulis, cuma aku terfikir jika aku pergi dari sini dengan hanya alasan tidak mahu lagi perkara-perkara sebegini, sudah dikira lari dari masalah? Jika pergi ke tempat lain? Rasanya masalah tetap akan sama lagi-lagi bila bekerja dengan mereka-mereka ini. Ada kuasa dan pangkat, digunakan sebaiknya bila diperlukan tetapi kadangkala disalahgunakan – untuk menjamin keselesaan diri sendiri, apa yang susah? Banyak lembu-lembu di bawahnya kan?

P/s : Kalau tak faham, harap maafkan…. Terima kasih pada yang sudi membaca.

blog comments powered by Disqus
 
Web Statistics